Pages

Monday, 26 September 2011

Penulisan pada Web

Kandungan perlu distrukturkan secara beza untuk Web, kerana secara purata pembaca Web mengimbas tajuk / perenggan pada permulaan dahulu sebelum memutuskan sama ada kandungan pada laman tersebut adalah maklumat yang mereka perlukan sedangkan struktur kandungan tradisional meletakkan maklumat yang paling penting di bahagian bawah halaman.

Banyak di antara kita telah diajar untuk menulis dalam pembentangan data (piramid) format, iaitu:
Pengenalan > Pendetailan/perincian > Kesimpulan
Web, sebaliknya, apa yang dipanggil 'inverse' piramid struktur:
Kesimpulan > Huraian > Pendetailan/perincian



Maklumat lanjut berkaitan penulisan pada laman web boleh di dapati pada laman ini.

Metodologi Pembangunan Web

Terdapat beberapa langkah dalam reka bentuk laman web dan proses pembangunan. Ianya bermula dari pengumpulan maklumat awal, penciptaan laman web anda, dan akhirnya penyelenggaraan untuk menjadikan tapak web anda sentiasa terkini dan sesuai mengikut keadaan semasa.

Proses yang digunakan akan terdapat sedikit perbezaan diantara seorang pereka dengan pereka yang lain, tetapi asas secara umumnya adalah sama iaitu :
  1. Mengumpul maklumat
  2. Perancangan
  3. Reka bentuk
  4. Pembangunan
  5. Ujian dan melancakan produk
  6. Penyelenggaraan

Maklumat lanjut anda boleh dapati di laman "The Web Site Design and Development Process" dan "Web Development Methodology"

Sebagai permulaan kepada pembangunan laman web anda (projek berkumpulan), anda dikehendaki membangunkan satu Carta Gantt bagi merancang pembangunan laman web anda berdasarkan metodologi yang telah anda kenalpasti sesuai dengan perancangan dan proses pembangunan laman web anda. Anda boleh menggunakan aplikasi online bagi membantu anda membentuk dan merancang keseluruhan proses anda seperti contoh rajah dibawah. 

“Gantt

Aplikasi online seperti "Smart Sheet : Project Management with Interactive Online Gantt Chart"  boleh digunakan dan anda juga boleh menggunakan microsoft Excel untuk menjana Carta Gantt seperti yang ditunjukkan pada youtube berikut :



Senarai tajuk bagi pembangunan laman web anda akan dibincangkan di dalam waktu makmal anda.

WallWisher

Komen dan Cadangan Anda di WallWisher di sini.

Wednesday, 21 September 2011

Bahan Pengajaran Di Makmal

Anda boleh dapatkan bahan pengajaran yang disediakan oleh Encik Onn Azraai pada semester lalu di sini. Ia merupakan slaid pengajaran makmal, nota Dreamweaver dan bahan-bahan untuk pembangunan web.

Monday, 19 September 2011

Merekabentuk Blog

Terdapat banyak laman-laman web yang menceritakan bagaimana untuk membangunkan satu blog yang baik. Di antara laman tersebut ialah laman "How to Design a Better Blog" ; "13 Characteristics of Outstanding Blog Design" dan "The Five Characteristics of Good Blog Content".

Dan juga terdapat youtube yang menunjuk cara langkah demi langkah membina blog seperti youtube berikut:



Tugasan
Pada minggu ini anda dikehendaki membangunkan blog anda sendiri. Anda perlu melakukan sedikit kajian bagi membantu anda membangunkan blog anda. Ada perlu memberi justifikasi kenapa anda memilih ciri-ciri tersebut. Semua ini anda perlu huraikan di dalam blog anda.

Web 2.0

Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di World Wide Web. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta (prosumers) kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya, berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna (pengguna) adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka. Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, blog, wiki, laman perkongsian video, perkhidmatan menjadi tuan rumah, aplikasi web, Mashup dan folksonomies.

Anda boleh lihat penerangan lanjut dari youtube berikut berkaitan web 2.0


Terdapat perbezaan ciri-ciri di antara Web 1.0 dan Web 2.0. Perbezaan di antara keduanya dihurai dengan lebih lanjut di laman ini dan laman ini. Ia juga mendetailkan lagi apa yang dimaksudkan dengan Web 2.0 dan teknologi yang ada.

Berikut merupakan laman web yang menyenaraikan aplikasi dan alatan menggunakan teknologi web 2.0.
  1. Go to Web 2.0 : Online tools and applications
  2. List of web 2.0 applications
  3. Web 2.0 Applications with Educational Potential
  4. Web 2.0's Top 1,000 List