Pages

Monday, 26 September 2011

Metodologi Pembangunan Web

Terdapat beberapa langkah dalam reka bentuk laman web dan proses pembangunan. Ianya bermula dari pengumpulan maklumat awal, penciptaan laman web anda, dan akhirnya penyelenggaraan untuk menjadikan tapak web anda sentiasa terkini dan sesuai mengikut keadaan semasa.

Proses yang digunakan akan terdapat sedikit perbezaan diantara seorang pereka dengan pereka yang lain, tetapi asas secara umumnya adalah sama iaitu :
  1. Mengumpul maklumat
  2. Perancangan
  3. Reka bentuk
  4. Pembangunan
  5. Ujian dan melancakan produk
  6. Penyelenggaraan

Maklumat lanjut anda boleh dapati di laman "The Web Site Design and Development Process" dan "Web Development Methodology"

Sebagai permulaan kepada pembangunan laman web anda (projek berkumpulan), anda dikehendaki membangunkan satu Carta Gantt bagi merancang pembangunan laman web anda berdasarkan metodologi yang telah anda kenalpasti sesuai dengan perancangan dan proses pembangunan laman web anda. Anda boleh menggunakan aplikasi online bagi membantu anda membentuk dan merancang keseluruhan proses anda seperti contoh rajah dibawah. 

“Gantt

Aplikasi online seperti "Smart Sheet : Project Management with Interactive Online Gantt Chart"  boleh digunakan dan anda juga boleh menggunakan microsoft Excel untuk menjana Carta Gantt seperti yang ditunjukkan pada youtube berikut :



Senarai tajuk bagi pembangunan laman web anda akan dibincangkan di dalam waktu makmal anda.

No comments:

Post a Comment