Pages

Sunday, 11 September 2011

Selamat datang ke blog Pengaturcaraan Web (TP2543)

Hasil Pembelajaran/Learning Outcomes
Di akhir kursus, pelajar mampu:
  1. Menyenarai fungsi sistem pengaturcaraan berasaskan web
  2. Merangka struktur asas pengaturcaraan web
  3. Menganalisis konsep dan teknik untuk mereka bentuk laman web
  4. Membangunkan laman web yang menarik dan dinamik
  5. Mengaplikasi pendekatan pelayan pelanggan dalam pembangunan laman web
Sinopsis/Synopsis

Kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas pengaturcaraan dalam web kepada pelajar. Kursus ini akan memperkenalkan konsep dan teknik mereka bentuk dan membina halaman web; menulis dan menggunakan HTML secara mendalam dan pengenalan kepada markup lain seperti CSS, XML dan isu khusus dalam mereka bentuk web. Pelajar akan menggunakan alat-alat (tools) yang boleh digunakan untuk mengorganisasi, mencapai, menyimpan dan meyebar maklumat dalam web. Perisian yang akan digunakan adalah Dreamweaver, untuk membina fail HTML yang dinamik; dan JavaScript untuk membina interaktiviti dalam laman web. Teknologi pelayan-pelanggan melalui laman web dinamik akan diperkenalkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext PreProcessor (PHP) dan pangkalan data MySQL. Aspek lain yang akan ditekankan ialah isu asas dalam rekabentuk laman web interaktif; prinsip dalam rekabentuk; rekabentuk dokumen dan penyelitan grafik; penyusunan teks; pemilihan antaramuka dan hubungan dengan dokumen lain. Pada akhir kursus pelajar akan mengimplimentasi teknik dan pengetahuan yang dipelajari dalam projek mini yang kan dibangunkan.

Rujukan/References
  1. Dietal, H.M, Dietal, P.J & Nieto, T.R 2008. Internet & World Wide Web: How To Program. 4th Ed. New Jersey, Prentice Hall.
  2. Carey, P. 2006. HTML, XHTML and Dynamic HTML. 3rd Edition. Boston, MA, United States, Thomson.
  3. Ullman, L. 2005. PHP and MySQL for Dynamic WebSites. 2nd Ed. Barkeley, CA :Peachpit Press.
  4. Othman, M.S, Yusof L.M, Miskon, S and Syed Abdullah, S.N.H. 2006. Pengaturcaraan Web Hypertext Preprocessor PHP. Johor Baru:Penerbit UTM.
  5. Marty Hall & Larry Brown. 2001. Core Web Programming. 2nd Ed. Saddle River, New Jersey. A Sun Microsystems Press/Prentice Hall PTR Book.

No comments:

Post a Comment