Pages

Tuesday, 29 May 2012

SOAL SELIDIK HASIL PEMBELAJARAN KURSUS: KURSUS TP2543 - PENGATURCARAAN WEB 


Mohon semua pelajar mengisi borang soal selidik ini. Borang ini dapat dicapai di sini.

Kerjasama anda semua saya ucapkan terima kasih.

Wednesday, 16 May 2012

Bagaimana Menjana Hubungan Banyak ke Banyak Menggunakan MySQL pada XAMPP

Berikut merupakan koleksi video En Azraai berkaitan fail tersebut.

Wednesday, 9 May 2012

Asas Rekabentuk Pangkalan data


Di sini saya sertakan pautan ke laman web microsoft-access yang menerangkan bagaimana asas bagi pembangunan pangkalan data secara terperinci.

Selamat mencuba, semoga ini membantu anda dalam membangunkan pangkalan data EKomers anda.

Monday, 7 May 2012

Template EKomers

 Anda dibenarkan untuk menggunakan template EKomers sedia ada. Tetapi anda perlu mengubahsuai template tersebut mengikut kesesuaian keperluan anda seperti anda perlu memahami dan mengubahsuai kod-kod pengaturcaraan sedia ada. Pastikan kod yang digunakan melibatkan pengaturcaraan HTML, JavaScript, PHP dan MySQL bersesuaian dengan apa yang anda pelajari. Namun anda juga dibenarkan untuk meneroka bahasa pengaturcaraan lain atau pangkalan data lain, dengan syarat anda memahami apa yang anda lakukan. 

Di sini  saya sertakan blog yang memaparkan 25 open source bagi EKomers.

Sunday, 23 October 2011

PHP (Hypertext PreProcessor)

PHP is a general-purpose server-side scripting language originally designed for web development to produce dynamic web pages. For this purpose, PHP code is embedded into the HTML source document and interpreted by a web server with a PHP processor module, which generates the web page document. It also has evolved to include a command-line interface capability and can be used in standalone graphical applications. PHP can be deployed on most web servers and as a standalone interpreter, on almost every operating system and platform free of charge. A competitor to Microsoft's Active Server Pages (ASP) server-side script engine and similar languages, PHP is installed on more than 20 million websites and 1 million web servers.[sumber wikipedia]

The following is a step by step method of learning PHP is taken from youtube. The following files are in formats PHP.rar. Unzip the following files using WinRAR.

Monday, 26 September 2011

Penulisan pada Web

Kandungan perlu distrukturkan secara beza untuk Web, kerana secara purata pembaca Web mengimbas tajuk / perenggan pada permulaan dahulu sebelum memutuskan sama ada kandungan pada laman tersebut adalah maklumat yang mereka perlukan sedangkan struktur kandungan tradisional meletakkan maklumat yang paling penting di bahagian bawah halaman.

Banyak di antara kita telah diajar untuk menulis dalam pembentangan data (piramid) format, iaitu:
Pengenalan > Pendetailan/perincian > Kesimpulan
Web, sebaliknya, apa yang dipanggil 'inverse' piramid struktur:
Kesimpulan > Huraian > Pendetailan/perincian



Maklumat lanjut berkaitan penulisan pada laman web boleh di dapati pada laman ini.

Metodologi Pembangunan Web

Terdapat beberapa langkah dalam reka bentuk laman web dan proses pembangunan. Ianya bermula dari pengumpulan maklumat awal, penciptaan laman web anda, dan akhirnya penyelenggaraan untuk menjadikan tapak web anda sentiasa terkini dan sesuai mengikut keadaan semasa.

Proses yang digunakan akan terdapat sedikit perbezaan diantara seorang pereka dengan pereka yang lain, tetapi asas secara umumnya adalah sama iaitu :
  1. Mengumpul maklumat
  2. Perancangan
  3. Reka bentuk
  4. Pembangunan
  5. Ujian dan melancakan produk
  6. Penyelenggaraan

Maklumat lanjut anda boleh dapati di laman "The Web Site Design and Development Process" dan "Web Development Methodology"

Sebagai permulaan kepada pembangunan laman web anda (projek berkumpulan), anda dikehendaki membangunkan satu Carta Gantt bagi merancang pembangunan laman web anda berdasarkan metodologi yang telah anda kenalpasti sesuai dengan perancangan dan proses pembangunan laman web anda. Anda boleh menggunakan aplikasi online bagi membantu anda membentuk dan merancang keseluruhan proses anda seperti contoh rajah dibawah. 

“Gantt

Aplikasi online seperti "Smart Sheet : Project Management with Interactive Online Gantt Chart"  boleh digunakan dan anda juga boleh menggunakan microsoft Excel untuk menjana Carta Gantt seperti yang ditunjukkan pada youtube berikut :



Senarai tajuk bagi pembangunan laman web anda akan dibincangkan di dalam waktu makmal anda.

WallWisher

Komen dan Cadangan Anda di WallWisher di sini.

Wednesday, 21 September 2011

Bahan Pengajaran Di Makmal

Anda boleh dapatkan bahan pengajaran yang disediakan oleh Encik Onn Azraai pada semester lalu di sini. Ia merupakan slaid pengajaran makmal, nota Dreamweaver dan bahan-bahan untuk pembangunan web.

Monday, 19 September 2011

Merekabentuk Blog

Terdapat banyak laman-laman web yang menceritakan bagaimana untuk membangunkan satu blog yang baik. Di antara laman tersebut ialah laman "How to Design a Better Blog" ; "13 Characteristics of Outstanding Blog Design" dan "The Five Characteristics of Good Blog Content".

Dan juga terdapat youtube yang menunjuk cara langkah demi langkah membina blog seperti youtube berikut:



Tugasan
Pada minggu ini anda dikehendaki membangunkan blog anda sendiri. Anda perlu melakukan sedikit kajian bagi membantu anda membangunkan blog anda. Ada perlu memberi justifikasi kenapa anda memilih ciri-ciri tersebut. Semua ini anda perlu huraikan di dalam blog anda.

Web 2.0

Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di World Wide Web. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta (prosumers) kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya, berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna (pengguna) adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka. Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, blog, wiki, laman perkongsian video, perkhidmatan menjadi tuan rumah, aplikasi web, Mashup dan folksonomies.

Anda boleh lihat penerangan lanjut dari youtube berikut berkaitan web 2.0


Terdapat perbezaan ciri-ciri di antara Web 1.0 dan Web 2.0. Perbezaan di antara keduanya dihurai dengan lebih lanjut di laman ini dan laman ini. Ia juga mendetailkan lagi apa yang dimaksudkan dengan Web 2.0 dan teknologi yang ada.

Berikut merupakan laman web yang menyenaraikan aplikasi dan alatan menggunakan teknologi web 2.0.
  1. Go to Web 2.0 : Online tools and applications
  2. List of web 2.0 applications
  3. Web 2.0 Applications with Educational Potential
  4. Web 2.0's Top 1,000 List

Sunday, 11 September 2011

Selamat datang ke blog Pengaturcaraan Web (TP2543)

Hasil Pembelajaran/Learning Outcomes
Di akhir kursus, pelajar mampu:
  1. Menyenarai fungsi sistem pengaturcaraan berasaskan web
  2. Merangka struktur asas pengaturcaraan web
  3. Menganalisis konsep dan teknik untuk mereka bentuk laman web
  4. Membangunkan laman web yang menarik dan dinamik
  5. Mengaplikasi pendekatan pelayan pelanggan dalam pembangunan laman web
Sinopsis/Synopsis

Kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas pengaturcaraan dalam web kepada pelajar. Kursus ini akan memperkenalkan konsep dan teknik mereka bentuk dan membina halaman web; menulis dan menggunakan HTML secara mendalam dan pengenalan kepada markup lain seperti CSS, XML dan isu khusus dalam mereka bentuk web. Pelajar akan menggunakan alat-alat (tools) yang boleh digunakan untuk mengorganisasi, mencapai, menyimpan dan meyebar maklumat dalam web. Perisian yang akan digunakan adalah Dreamweaver, untuk membina fail HTML yang dinamik; dan JavaScript untuk membina interaktiviti dalam laman web. Teknologi pelayan-pelanggan melalui laman web dinamik akan diperkenalkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext PreProcessor (PHP) dan pangkalan data MySQL. Aspek lain yang akan ditekankan ialah isu asas dalam rekabentuk laman web interaktif; prinsip dalam rekabentuk; rekabentuk dokumen dan penyelitan grafik; penyusunan teks; pemilihan antaramuka dan hubungan dengan dokumen lain. Pada akhir kursus pelajar akan mengimplimentasi teknik dan pengetahuan yang dipelajari dalam projek mini yang kan dibangunkan.

Rujukan/References
  1. Dietal, H.M, Dietal, P.J & Nieto, T.R 2008. Internet & World Wide Web: How To Program. 4th Ed. New Jersey, Prentice Hall.
  2. Carey, P. 2006. HTML, XHTML and Dynamic HTML. 3rd Edition. Boston, MA, United States, Thomson.
  3. Ullman, L. 2005. PHP and MySQL for Dynamic WebSites. 2nd Ed. Barkeley, CA :Peachpit Press.
  4. Othman, M.S, Yusof L.M, Miskon, S and Syed Abdullah, S.N.H. 2006. Pengaturcaraan Web Hypertext Preprocessor PHP. Johor Baru:Penerbit UTM.
  5. Marty Hall & Larry Brown. 2001. Core Web Programming. 2nd Ed. Saddle River, New Jersey. A Sun Microsystems Press/Prentice Hall PTR Book.